Thursday 17 April 2014

The 7 habits

The Seven Habits

Habit 1 : Be Proactive
Habit 2 : Begin with the end in mind
Habit 3 : Put First Things First
Habit 4 : Think Win-Win
Habit 5 : Seek First to Understand, then to be understood
Habit 6 : Synergize
Habit 7 : Sharpen the Saw

Capacity building

Tajuk : KELEMAHAN BUKAN UNTUK DITAKUTI – SEBALIKNYA PERLU DIATASI

 

Siri jelajah Gelombang Transformasi 1TNB peringkat pertama, berakhir di Kuala Terengganu pada Khamis, 17 April 2014. Kali ini, seramai 250 warga kerja di sekitar Terengganu berpeluang mendekati dan berkongsi kisah transformasi Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pengurusan Strategik dan Prestasi (SMPD).

 

Seorang jurutera yang mendapat biasiswa TNB (dahulunya LLN), beliau percaya bahawa  kelemahan kita sebagai syarikat di mata pelanggan bukan untuk kita takuti. Sebaliknya, kelemahan itu perlu diakui dan diperbaiki, supaya kita menjadi lebih cemerlang.

 

Berikut kami rumuskan antara intipati utama daripada sesi turun padang bersama beliau:

 

1)      Menyifatkan kejadian gangguan bekalan di seluruh semenanjung pada 1992, kewujudan Penjana Bebas (IPP) dan desakan untuk memecah belahkan TNB sebagai 3 cabaran utama sepanjang karier beliau di TNB

2)      Menyeru semua warga kerja bersatu untuk mempertahankan syarikat daripada dipecah belahkan.

3)      Jika tiga (3) bisnes teras TNB iaitu Penjanaan, Penghantaran dan Pembahagian dipecah belahkan, maka bahagian sokongan lain akan lenyap.
Ir. Megat Jalaluddin juga mengambil peluang daripada sesi turun padang ini untuk memberi huraian lebih lanjut mengenai kelima-lima KRAs (5 Bidang Keberhasilan Utama) yang ditetapkan syarikat untuk mencapai aspirasi “Domestic Dominance, Regional Champion”.

 

Beliau yakin, aspirasi yang ditetapkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Ir. Azman Mohd adalah untuk memastikan TNB kekal menjadi konglomerat yang kukuh demi kepentingan generasi akan datang.

 

Ir. Megat turut tidak ketinggalan mengingatkan kesemua warga kerja untuk sama-sama memainkan tanggungjawab “besar” mereka sebagai “duta” TNB, tanpa mengira pangkat mereka. Jelas beliau, sebagai duta  yang “berperwatakan” baik, kita akan mencerminkan imej syarikat yang cemerlang, sekaligus membantu TNB untuk mencapai aspirasi yang ditetapkan.
Tlg share dgn rakan2 TNB. Tq

Saturday 12 April 2014

TTS @ Supklasik dot.com

TTS @ Supklasik dot.com

Bincang agenda2 terkini...


RESOLUSI PERBINCANGAN TTS 12 APRIL 2014, SUPKLASIK @ UN RIDER, BATU 3 ,SHAH ALAM

Agenda:

1. Tabung TKB

2. Organisasi TKB

3. Rumusan Penyertaan Gelombang Transformasi 1TNB

4. T shirt TKB

5. Kursus Pengendalian Motosikal Berkuasa Besar dan Marshalling

6. Gathering TKB

7. Charity Ride

8. 1TNB Kilat Bike Week

9. TKB Annual Ride 2014

10. Short Ride

11. Retro Nite

12. Forum App for TKB

 

Kehadiran:

1. Jasni Ruzlin(JR)

2. Fasal Pak Yeop(PY)

3. Ninie

4. Shahril

5. King Raja Redzuan

6. Sunizan

7. Izwan

8. Abdullah Abe Loh

9. Abg Omar Sirat

10. KABO

11. Azizan

12. Hanan

13. Hatta

14. Nasir GTR/Rabbit

 

 

 

Resolusi:

1. Tabung TKB

• Mesyuarat bersetuju untuk mengutip RM20 seorang sebagai yuran penyertaan.

• Cadangan yuran bulanan dicadangkan ditangguhkan sehingga AGM TKB diadakan kelak dimana undian boleh dibuat di kalangan ahli.

• Duit tabung disimpan oleh JR dan KABO. Akan diserahkan kepada Jumadi. PIC Jumadi

• Penyata akaun terkini : Tabung RM215 (tak termasuk kutipan yuran)

2. Organisasi TKB

• Buat sementara ini adalah dicadangkan adhoc committee yang ada dikekalkan.

• Bendahari sementara yang dicadangkan Jumadi& beliau sedia mengambil tanggungjawab. Mengenai akaun TKB buat masa ini akan menggunakan akaun persendirian. Akan dibincangkan lagi.

• Cadangan untuk tubuhkan TKB sebagai persatuan atau syarikat enterprise mempunyai banyak implikasi. Laporan tahunan dan kewangan perlu disediakan dan banyak hal2 lain yang rumit perlu dilakukan. Oleh itu tidak ada kelebihan. Buat masa ini TKB bergerak di bawah Kelab Kilat KL ada banyak kelebihan terutamanya dari segi kewangan. TKB juga boleh mendapatkan kelulusan istimewa dari TNB untuk apa-apa program.

• Hatta mencadang diadakan AGM diadakan supaya AJK rasmi boleh dilantik. Akan dibincangkan lagi.

3. Rumusan Penyertaan Gelombang Transformasi 1TNB

• Unit Transformasi perlukan maklumbalas dari TKB kerana TKB terlibat secara langsung.

• Rumusan & cadangan penambahbaikan dari ahli TKB amat diperlukan dan boleh diemel kepada JR.

4. T shirt TKB

• Kita tak mahu kos terlalu tinggi

• Nasir GTR dan Hatta akan dapatkan quotation minggu depan – PIC Nasir & Hatta

• Akan dibincang semula setelah dapat sample baju

5. Kursus Pengendalian Motosikal Berkuasa Besar dan Marshalling

• Emel & memo telah dihantar kepad Dato Razif dan beliau secara dasar bersetuju dengan cadangan tersebut. Perbincangan lanjut akan diadakan dengan pihak Sumber Manusia. PIC KABO

• Cadangan diadakan di Ibu Pejabat utuk menjimatkan kos dan masa.

6. Gathering TKB

• Cadangan diadakan pada bulan Jun sebelum bulan puasa.

• AGM juga boleh diadakan sekali.

• Hatta mencadangkankan diadakan di ILSAS dan Dato Seri CEO dijemput. Hatta akan riki jadual Dato Seri CEO. – PIC Hatta / JR

7. Charity Ride

• JR cadangkan melawat Rumah Anak Yatim & Miskin di Teluk Intan. PIC JR

8. 1TNB Kilat Bike Week

• Cadangan diadakan pada bulan Disember di Ibu Pejabat. Idea ialah menjemput syarikat GLC, syarikat motor dan supplier. Perlu perbincangan lanjut. PIC JR

9. TKB Annual Ride 2014

• Cadangan awal Kanchanaburi pada bulan Jun. Bagaimanapun mesyuarat bersetuju untuk mendapatkanpandangan ahli akan tempat dan masa dahulu. PIC PY

10. Short Ride

• Cadangan diadakan ke Johor kerana ramai ahli di sana – PIC Amar.

• Cadangan juga ke Manjung dan disekalikan dengan Charity Ride Teluk Intan. Ride Manjung & BBQ – PIC Abg Omar

11. Retro Nite

• Tarikh 30 April 2014. Perlukan lagi ramai ahli untuk menunjukkan kepad Kelab yang TKB aktif. PIC JR

12. Forum App for TKB

• KABO cadangkan TKB pakai forum app seperti Tapatalk kerana chat App seperti Telegram sukar untuk dicari semula maklumat yang lepas. Menurut Pak Yeop, Tapatalk ada kekangan dari segi peranti. Android tak ad masalah tapi untuk iPhone, perlu dapatkan permission dari Apple. Pak yeop diminta untuk tengokkan App forum yang lain. PIC PY.

Friday 4 April 2014