Sunday 21 September 2014

Kursus Keselamatan Pengendalian dan Berkonvoi Motosikal Berkuasa Tinggi

LAPORAN RINGKAS

KURSUS “KESELAMATAN PENGENDALIAN DAN BERKONVOI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI”(SAFETY RIDING AND CONVOY FOR BIG BIKES) BAGI AHLI-AHLI 1TNB KILAT BIKERS(TKB)

 

Kursus “Keselamatan Pengendalian dan Berkonvoi Motosikal Berkuasa Tinggi”(Safety Riding And Convoy For Big Bikes) Bagi Ahli-Ahli 1TNB Kilat Bikers(TKB) sesi 1 telah dijalankan dengan jayanya pada 19-21 September 2014 di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Upacara “flag-off” telah disempurnakan oleh  Yang Berbahagia Datuk Seri Azman Mohd, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB di hadapan Kompleks Sukan TNB Ibu Pejabat, Kuala Lumpur pada Jumaat 19hb. September2014. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah TNB, Dato’ Abd Manaf Hashim, Yang Dipertua Kelab Kilat Kebangsaan, Dato’ Rozimi Remeli dan Yang Dipertua Kelab Kilat Kuala Lumpur, Ismail Abd Rahman.

Kursus bermula dengan pelajaran teori Keselamatan Jalanraya, “Riding Skill” dan Teknik Berkonvoi. Hari Kedua ialah sesi praktikal Riding Skill diikuti oleh konvoi dari tempat latihan melalui jalan persekutuan ke Bandar Diraja Seri Meranti. Konvoi diiringi oleh 5 orang pegawai trafik bermotosikal dan sebuah kereta polis yang membawa Pegawai Penyiasat Trafik IPD Port Dickson, Inspektor Ridzuan.

Upacara penyampaian sumbangan derma dari peserta kursus disampaikan oleh Ketua TKB En Mohd Suffian Mohd Yusof kepada wakil Maahad Tahfiz Nurul Quran Tuanku Jaafar, Ustaz Ramzan bertempat di Seri Menanti Resort.  5 Orang pelajar Maahad juga turut serta.

Konvoi telah berpatah semula ke tempat latihan di Port Dickson dan tiba pada jam 7.30 malam. Setibanya di Port Dickson, Inspektor Ridzuan telah memberi komen di mana peserta kursus TKB telah menyempurnakan konvoi tanpa ada insiden dan peserta-peserta sangat berdisiplin semasa berada di dalam konvoi dari awal hingga ke akhir destinasi.

Pada hari ketiga, post-mortem keseluruhan kursus telah diadakan. Kursus ditutup dengan upacara penyampaian hadiah. Peserta terbaik individu jatuh kepada YM Raja Muhammad Reduan bin Raja Tauran dari Remaco, Stesen Jambatan Cannaught, Klang. Kumpulan terbaik pula jatuh kepada Kumpulan 1 yang diketuai oleh En Mohd Suffian.

Rata-rata peserta kursus sangat berpuashati dengan kursus tersebut.    

[Dilaporkan oleh : En. Khairul Azman Osman a.k.a Kabo]

No comments:

Post a Comment