Sunday 21 December 2014

Transformasi siri ke-3

PEMBABITAN warga kerja TNB dalam aktiviti motosikal berkuasa besar sememangnya digalakkan kerana ia memberi satu kelainan, namun masih ada di kalangan mereka yang kurang tahap kesedaran mengenai soal keselamatan.
  Justeru, Bahagian Transformasi Korporat TNB menganjurkan Program Gelombang Transformasi Siri Ke-3. 1TNB Kilat Bikers (GT1TKB) merupakan kumpulan 'fokus group' pertama diadakan di Pusat Budi Penyayang Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.
  Menghimpunkan kira-kira 70 peserta dari Zon Utara, program selama satu hari itu menekankan soal keselamatan ketika menunggang motosikal berkuasa besar.
   Menurut _______ (letak la nama sapa nk jadi jurucakap) program berkenaan dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada penunggang supaya meletakkan soal keselamatan sebagai perkara utama.
  "Jika diikutkan apa-apa juga aktiviti yang dilakukan mempunyai risikonya tersendiri, begitu juga dengan aktiviti ini malah kita sering mendengar berita mengenai kemalangan membabitkan penunggang motosikal berkuasa besar.
  "Jadi diharapkan dengan penganjuran program ini dapat meningkatkan kesedaran mereka mengenai pentingnya isu keselamatan," katanya.
  Di samping itu katanya, objektif program berkenaan juga adalah untuk menyokong KRA 5+1 ke arah pencapaian DDRC syarikat.
  Antara yang hadir adalah Pengurus Besar TNB Perak, Dato' Mohd Zahir Nagor dan wakil Pengurus Besar TNB Pulau Pinang, _____________.
  Program berkenaan dimulakan dengan bacaan doa sebelum Encik Aznir Abdul Malek melakukan sesi 'ice breaking' dan disusuli beberapa aktiviti lain antaranya penerangan keselamatan dan skil pemanduan berhemah secara teori dan parktikal oleh pihak Malaysian Marshal Community (MMC).
  Pada sebelah malamnya pula, perkongsian pengalaman oleh En. Jamaludin sebagai 'Local Role Model'  serta beberapa peserta diberi peluang untuk menceritakan pengalaman masing-masing mengenai isu keselamatan sepanjang terbabit dalam aktiviti berkenaan.
  Sementara itu, bagi peserta ditekankan peranan masing-masing dalam menyumbang dan menyokong program transformasi yang di amanatkan oleh CEO TNB, Dato' Seri Ir. Azman Mohammad.
  Majlis digamatkan dengan laungan semangat TNB Better Brighter dan Bikers Safe Ride.

[Text by Umi & Ruzlin]

Saturday 6 December 2014

Sehari bersama TKB dan Johor Kilat Bikers


6hb Disember 2014 - Pertemuan Dan 'Networking' 1TNB Kilat Bikers bersama Kilat Bikers Johor Bahru bagi mewar-warkan Program Gelombang Transformasi 1TNB Siri 3 - 1TNB Kilat Bikers .  TKB dlm proses mengumpulkan semua TNB bikers di seluruh TNB.

by Jasni Ruzlin