Friday 16 May 2014

Lawatan YAB PM DS Najib ke TNB

Aksi2 bikers TNB sempena lawatan YAB PM Msia ke TNB

Intipati ucapan (by Bro Byhakie):

Assalamualaikum & salam hormat.

Seperti sedia maklum, warga kerja di sekitar Ibu Pejabat  dan beberapa lokasi dari serata negeri berpeluang menghadiri sesi pertemuan antara Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dengan warga kerja TNB pada petang, Jumaat, 16 Mei 2014.


Lawatan singkat kali ketiga Perdana Menteri ke TNB dalam tempoh kurang 3 tahun ini adalah bersempena sambutan Hari Pekerja 2014 yang bertemakan “Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi”, sekaligus .


Berikut kami kongsikan beberapa intipati penting ucapan beliau.


1)      Penting bagi warga kerja mencapai kepuasan dalam tugasan hakiki mereka. Ini kerana, sebelum kita berusaha untuk memberi kepuasan dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, warga kerja perlu terlebih dahulu mencapai tahap kepuasan dalam apa jua kerja yang dilaksanakan, dalam konteks sebagai warga kerja TNB.


2)      TNB adalah organisasi strategik untuk negara kita. Sebarang gangguan bekalan elektrik mampu menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit terhadap pelanggan, industri dan juga negara. Malah, tahap keyakinan pelabur terhadap kebolehupayaan bekalan elektrik juga akan terjejas. Seterusnya, perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 mungkin terganggu.


3)      Oleh itu, TNB perlu menambahbaik prestasi operasi dan perkhidmatan serta tidak boleh kekal statik di tahap lama.


4)      Itulah faktor utama mengapa TNB perlu melaksanakan Program Transformasi 1TNB yang akan mengangkat imej TNB ke peringkat lebih tinggi.


5)      Warga kerja bertanggungjawab untukmewujudkan budaya kecemerlangan supaya lebih efisien dalam operasi, kos dan meningkatkan produktiviti.


6)      Namun pada masa yang sama, integriti dan etika kerja perlu dititikberatkan.


Perdana Menteri turut menerangkan rasional di sebalik pelarasan tarif elektrik. Berikut penjelasan beliau mengenainya:


1)      Kira-kira 85% daripada kos menjana elektrik adalah kos bahan api. Kenaikan harga bahan api di pasaran dunia, serta pelarasan subsidi menuntut tarif elektrik untuk disemak semula pada Januari lalu.


2)      Jika beban kos penjanaan elektrik ini dibiarkan kepada TNB, syarikat ini tidak akan menjadi syarikat berdaya saing dan akan mencatat kerugian.


3)      Kelak, kerajaan berdepan kemungkinan membiayai operasi TNB menggunakan duit rakyat. Ini pula akan menjejaskan pelan pembangunan negara secara keseluruhan.


Sesi pertemuan kali ini turut dipancarkansecara langsung ke 27 lokasi pejabat TNBserta menerusi 117 buah Info TV di seluruh pejabat TNB.


Diharap tuan-tuan dan puan-puan sekalian dapat berkongsi maklumat ini bersama rakan-rakan di tempat kerja masing-masing.


Kami ucapkan berbanyak terima kasih.


Salam hujung minggu.