Tajuk : KELEMAHAN BUKAN UNTUK DITAKUTI – SEBALIKNYA PERLU DIATASI
Siri jelajah Gelombang Transformasi 1TNB peringkat pertama, berakhir di Kuala Terengganu pada Khamis, 17 April 2014. Kali ini, seramai 250 warga kerja di sekitar Terengganu berpeluang mendekati dan berkongsi kisah transformasi Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pengurusan Strategik dan Prestasi (SMPD).
Seorang jurutera yang mendapat biasiswa TNB (dahulunya LLN), beliau percaya bahawa kelemahan kita sebagai syarikat di mata pelanggan bukan untuk kita takuti. Sebaliknya, kelemahan itu perlu diakui dan diperbaiki, supaya kita menjadi lebih cemerlang.
Berikut kami rumuskan antara intipati utama daripada sesi turun padang bersama beliau:
1) Menyifatkan kejadian gangguan bekalan di seluruh semenanjung pada 1992, kewujudan Penjana Bebas (IPP) dan desakan untuk memecah belahkan TNB sebagai 3 cabaran utama sepanjang karier beliau di TNB
2) Menyeru semua warga kerja bersatu untuk mempertahankan syarikat daripada dipecah belahkan.
3) Jika tiga (3) bisnes teras TNB iaitu Penjanaan, Penghantaran dan Pembahagian dipecah belahkan, maka bahagian sokongan lain akan lenyap.
Ir. Megat Jalaluddin juga mengambil peluang daripada sesi turun padang ini untuk memberi huraian lebih lanjut mengenai kelima-lima KRAs (5 Bidang Keberhasilan Utama) yang ditetapkan syarikat untuk mencapai aspirasi “Domestic Dominance, Regional Champion”.
Beliau yakin, aspirasi yang ditetapkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Ir. Azman Mohd adalah untuk memastikan TNB kekal menjadi konglomerat yang kukuh demi kepentingan generasi akan datang.
Ir. Megat turut tidak ketinggalan mengingatkan kesemua warga kerja untuk sama-sama memainkan tanggungjawab “besar” mereka sebagai “duta” TNB, tanpa mengira pangkat mereka. Jelas beliau, sebagai duta yang “berperwatakan” baik, kita akan mencerminkan imej syarikat yang cemerlang, sekaligus membantu TNB untuk mencapai aspirasi yang ditetapkan.
Tlg share dgn rakan2 TNB. Tq
No comments:
Post a Comment