Sunday, 21 September 2014

Kursus Keselamatan Pengendalian dan Berkonvoi Motosikal Berkuasa Tinggi

LAPORAN RINGKAS

KURSUS “KESELAMATAN PENGENDALIAN DAN BERKONVOI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI”(SAFETY RIDING AND CONVOY FOR BIG BIKES) BAGI AHLI-AHLI 1TNB KILAT BIKERS(TKB)

 

Kursus “Keselamatan Pengendalian dan Berkonvoi Motosikal Berkuasa Tinggi”(Safety Riding And Convoy For Big Bikes) Bagi Ahli-Ahli 1TNB Kilat Bikers(TKB) sesi 1 telah dijalankan dengan jayanya pada 19-21 September 2014 di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Upacara “flag-off” telah disempurnakan oleh  Yang Berbahagia Datuk Seri Azman Mohd, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB di hadapan Kompleks Sukan TNB Ibu Pejabat, Kuala Lumpur pada Jumaat 19hb. September2014. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah TNB, Dato’ Abd Manaf Hashim, Yang Dipertua Kelab Kilat Kebangsaan, Dato’ Rozimi Remeli dan Yang Dipertua Kelab Kilat Kuala Lumpur, Ismail Abd Rahman.

Kursus bermula dengan pelajaran teori Keselamatan Jalanraya, “Riding Skill” dan Teknik Berkonvoi. Hari Kedua ialah sesi praktikal Riding Skill diikuti oleh konvoi dari tempat latihan melalui jalan persekutuan ke Bandar Diraja Seri Meranti. Konvoi diiringi oleh 5 orang pegawai trafik bermotosikal dan sebuah kereta polis yang membawa Pegawai Penyiasat Trafik IPD Port Dickson, Inspektor Ridzuan.

Upacara penyampaian sumbangan derma dari peserta kursus disampaikan oleh Ketua TKB En Mohd Suffian Mohd Yusof kepada wakil Maahad Tahfiz Nurul Quran Tuanku Jaafar, Ustaz Ramzan bertempat di Seri Menanti Resort.  5 Orang pelajar Maahad juga turut serta.

Konvoi telah berpatah semula ke tempat latihan di Port Dickson dan tiba pada jam 7.30 malam. Setibanya di Port Dickson, Inspektor Ridzuan telah memberi komen di mana peserta kursus TKB telah menyempurnakan konvoi tanpa ada insiden dan peserta-peserta sangat berdisiplin semasa berada di dalam konvoi dari awal hingga ke akhir destinasi.

Pada hari ketiga, post-mortem keseluruhan kursus telah diadakan. Kursus ditutup dengan upacara penyampaian hadiah. Peserta terbaik individu jatuh kepada YM Raja Muhammad Reduan bin Raja Tauran dari Remaco, Stesen Jambatan Cannaught, Klang. Kumpulan terbaik pula jatuh kepada Kumpulan 1 yang diketuai oleh En Mohd Suffian.

Rata-rata peserta kursus sangat berpuashati dengan kursus tersebut.    

[Dilaporkan oleh : En. Khairul Azman Osman a.k.a Kabo]

Friday, 19 September 2014

Kursus keselamatan

Flag off dpd DS CEO sebelum peserta Kempen Keselamatan bertolak ke PD

Wednesday, 23 July 2014

Kempen servis motor percuma sempena Aidilfitri

1TNB kilat biker bersama kelab Kilat hari ini menganjurkan servis motor percuma utk penunggang terawal sempena cuti hari raya.

Harapan kami semoga biker2 semua dpt menunggang dgn motor yg tip toppp!

Dan kami bertuah kempen disertai oleh Pengurus Besar Korporat, Dato Aminuddin

Terima kasih semua

Salam Aidilfitri

Sunday, 6 July 2014

Majlis Sumbangan PPRT Lembah Subang

Majlis Sumbangan kpd 35 keluarga PPRT di Putra Damai Lembah Subang bersama Pelitawanis TNB Cawangan Ibu Pejabat

Diserahkan oleh Dato Mohd Nazri Shahrudin, Naib Presiden Usahaniaga Tenaga TNB

Sunday, 22 June 2014

Ride amal : Rumah anak yatim Al-Baraqah Teluk Intan

Program ride amal ke rumah anak yatim Al-Baraqah,  Teluk Intan berjaya dijalankan hari ini.. dihadiri lebih 10 bikers..

Program bermula awal pagi... ride ke Teluk Intan dan disusuli gotong royong dan penyampaian sumbangan daripada warga TNB.

Alhamdulillah semua lancar

Friday, 16 May 2014

Lawatan YAB PM DS Najib ke TNB

Aksi2 bikers TNB sempena lawatan YAB PM Msia ke TNB

Intipati ucapan (by Bro Byhakie):

Assalamualaikum & salam hormat.

Seperti sedia maklum, warga kerja di sekitar Ibu Pejabat  dan beberapa lokasi dari serata negeri berpeluang menghadiri sesi pertemuan antara Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dengan warga kerja TNB pada petang, Jumaat, 16 Mei 2014.


Lawatan singkat kali ketiga Perdana Menteri ke TNB dalam tempoh kurang 3 tahun ini adalah bersempena sambutan Hari Pekerja 2014 yang bertemakan “Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi”, sekaligus .


Berikut kami kongsikan beberapa intipati penting ucapan beliau.


1)      Penting bagi warga kerja mencapai kepuasan dalam tugasan hakiki mereka. Ini kerana, sebelum kita berusaha untuk memberi kepuasan dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, warga kerja perlu terlebih dahulu mencapai tahap kepuasan dalam apa jua kerja yang dilaksanakan, dalam konteks sebagai warga kerja TNB.


2)      TNB adalah organisasi strategik untuk negara kita. Sebarang gangguan bekalan elektrik mampu menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit terhadap pelanggan, industri dan juga negara. Malah, tahap keyakinan pelabur terhadap kebolehupayaan bekalan elektrik juga akan terjejas. Seterusnya, perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 mungkin terganggu.


3)      Oleh itu, TNB perlu menambahbaik prestasi operasi dan perkhidmatan serta tidak boleh kekal statik di tahap lama.


4)      Itulah faktor utama mengapa TNB perlu melaksanakan Program Transformasi 1TNB yang akan mengangkat imej TNB ke peringkat lebih tinggi.


5)      Warga kerja bertanggungjawab untukmewujudkan budaya kecemerlangan supaya lebih efisien dalam operasi, kos dan meningkatkan produktiviti.


6)      Namun pada masa yang sama, integriti dan etika kerja perlu dititikberatkan.


Perdana Menteri turut menerangkan rasional di sebalik pelarasan tarif elektrik. Berikut penjelasan beliau mengenainya:


1)      Kira-kira 85% daripada kos menjana elektrik adalah kos bahan api. Kenaikan harga bahan api di pasaran dunia, serta pelarasan subsidi menuntut tarif elektrik untuk disemak semula pada Januari lalu.


2)      Jika beban kos penjanaan elektrik ini dibiarkan kepada TNB, syarikat ini tidak akan menjadi syarikat berdaya saing dan akan mencatat kerugian.


3)      Kelak, kerajaan berdepan kemungkinan membiayai operasi TNB menggunakan duit rakyat. Ini pula akan menjejaskan pelan pembangunan negara secara keseluruhan.


Sesi pertemuan kali ini turut dipancarkansecara langsung ke 27 lokasi pejabat TNBserta menerusi 117 buah Info TV di seluruh pejabat TNB.


Diharap tuan-tuan dan puan-puan sekalian dapat berkongsi maklumat ini bersama rakan-rakan di tempat kerja masing-masing.


Kami ucapkan berbanyak terima kasih.


Salam hujung minggu.

Thursday, 17 April 2014

The 7 habits

The Seven Habits

Habit 1 : Be Proactive
Habit 2 : Begin with the end in mind
Habit 3 : Put First Things First
Habit 4 : Think Win-Win
Habit 5 : Seek First to Understand, then to be understood
Habit 6 : Synergize
Habit 7 : Sharpen the Saw