Sunday, 23 June 2013

Pesta Durian

23 Jun 2013 -  Lagi rezeki menyebelahi geng-geng TKB.. Kita telah dijemput memeriahkan pesta makan durian di xx... kawan-kawan bertolak seawal xx pagi menuju ke xx.

Tiba di xx, kita telah disambut oleh xx.. bertuah badan dapat menikmati durian segar dari ladang. Syukurr...

Lain kali ajak lagi yer...





 




Sunday, 24 March 2013

Ride Wedding Amar

24 Mac 2013 - Kisahnye ada la sorang TKB member ni, Izzat Harris..a.k.a Mozact.. minta kawan-kawan TKB untuk ride ke wedding sahabat dia..riders jugak. Namanya Amar..

Maka beramai-ramailah geng TKB turun untuk ride ke wedding Amar Ghaddafi dan isterinya yang cantik manis, semanis namanya - Dayang.

Suprisingly (surprise ke? ke dah tau?).. turut menghadiri wedding beliau adalah CEO kita - Dato' Seri Ir. Azman Mohd.. bertuah lah geng TKB dapat ber"shake hand" dengan DCEO...

Hrmm.... kalau tak caye tengok gambar di bawah,,, heh heh

:)



Saturday, 23 March 2013

Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa

23 Mac 2013 - Sekali lagi TKB/AMD menganjurkan charity ride.. Kali ni ke Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa.. Ride disertai oleh seramai sekurang-kurangnya 13 riders..

Anak-anak At-Taqwa terdiri dari xx anak yatim yang dijaga sepenuhnya oleh En. xx.. Lokasi rumah ini adalah di xx..

Sebarang sumbangan berterusan bolehlah disalurkan ke xx




Saturday, 2 March 2013

Breakfast kedai Wak Mior

?? - Tiba-tiba terasa lapar.. rasa nak sarapan kerang bakar... Pagi ni kita ramai-ramai pergi kedai Wak Mior.. a.k.a kedai Yan Joe..

Kedai dia terletak di Klang (Yan nanti bagi exact location pls)

Banyak boleh order kedai Wak Mior ni..

Lain kali boleh bfast sini lagi ye kawan-kawan

Sunday, 10 February 2013

TKB Facebook

10 Feb 2013 - Mohon ampun dan maaf ... tapi saya seriously tak ingat bila kita mulakan akaun FB kita.. owner is our one and only.. Kak Lin a.k.a Jasni Ruzlin a.k.a Along... dan juga hubby beliau Pakyeop...

Mohon siapa berminat boleh request to join :

https://www.facebook.com/groups/tnbbikers/

Saturday, 29 September 2012

Ride santai Rembau/PD

29 Sep 2012 - Syukur Alhamdulillah.. ride sulung TKB (yang belum rasmi) telah diadakan, disertai lebih kurang 15 riders (ade ke?)..

Kami bertolak awal pagi.. meeting point di Seremban R&R dan terus ke Sekolah As-Sofa di Rembau,...kami disambut meriah oleh lebih kurang 300 pelajar dan dijemput ke Musolla mereka.

Ucapan Pengetua mendahului majlis, diikuti ucapan atau kata-kata semangat pada pelajar sekolah oleh En Suffian kita.. dan diakhiri oleh ceramah keselamatan elektrik oleh bro Nizam CBR..

Kami kemudian dijemput menikmati makan tengahari ala-ala Negori yang best sangatss.. Alhamdulillah...

Lepas tamat acara kami teruskan ride ke PD Kondo untuk acara BBQ..

Syabass!!






Tuesday, 25 September 2012

Dimana ia bermula....

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah.. saya mulakan blog ini bagi tujuan merekodkan perjalanan TNB Kilat Bikers yang pada hari ini tanpa sedar dah lebih setahun ditubuhkan (tak rasmi)..

Kisah bermula sekitar Ogos 2012.. tuan presiden kita, En Suffian telah menyarakan hasrat beliau untuk menubuhkan kelab riders TNB dan beliau mula menyebarkan"words" di sekitar geng-geng terdekat beliau...

Sebagai langkah pertama, Jabatan Pengurusan Aset (AMD) dibawah kelab social mereka telah mengaturkan satu "Safety Ride" atau "Ride Santai" ke Rembau melawat pelajar-pelajar Sekolah As-Sofa (alamak.. betul ke eja ni??)

So, pada 25 Sep 2012 di depan TNB Dua Sentral berkumpul lah "geng-geng AMD" untuk sesi fotografi pertama banner "Ride Santai ke Rembau/PD"

Sekian stori...

xoxo